Wednesday, June 13, 2012

Nizar mahu mohon ampun

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin semalam menyatakan kesediaan untuk menghadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bagi memohon maaf dan memberi penjelasan berhubung kenyataan menerusi Twitternya mengenai bidaan nombor pendaftaran WWW 1.


Mohammad Nizar berkata, pihaknya akan menghantar surat permohonan rasmi bagi menghadap Sultan Johor dalam masa terdekat bagi membolehkan beliau menerangkan kedudukan sebenar seterusnya menghentikan kontroversi yang melanda isu tersebut.
"Selepas Sultan Johor menyatakan bahawa elok saya memohon kemaafan kepada rakyat Johor, hari ini (semalam) saya ingin menyatakan seikhlas hati bahawa saya ingin sangat untuk mohon kemaafan kepada Sultan Johor sendiri.
"Tweet saya merupakan pandangan peribadi dan umum daripada seorang rakyat biasa tanpa ditujukan kepada mana-mana pihak... ini yang perlu diperjelas kepada Sultan Johor supaya tiada lagi spekulasi dan salah faham selepas ini," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen semalam.
sumber: Kosmo
p/s: macam mana dia ni boleh cakap tweet dia tak ditujukan kepada mana-mana pihak sedangkan hanya Sultan Johor je yang beli no pplat WWW1 tu. haiyo. u cakap tak serupa bikin. apa yang u nak jelaskan lagi? lain kali, before cakap, pegi buat research dulu boleh?
saya tak memihak pembangkang or kerajaan tapi saya benci bila orang cakap tanpa fakta. 

No comments:

Post a Comment